Friday, 15 April 2011

arti kehilangan

15/4/2011, 04:23 pm, jumaat,

pada jam 04:23 ptg.. aku dan adik-adik sedang bermain di taman.. aku menerima panggilan dari mak cik aku.. yang membawa berita buruk.. nenek aku sudah tak da.. rasa macam seluruh dunia ku gelap.. hampir setahun aku tak pernah datang menjenguk mahupun melawat dia.. semuanya kerana ego masing-masing..aku tak pernah rapat  dengan keluarga sebelah papa.. terutamanya nenek.. sekiranya nenek datang ke rumah kami.. aku langsung tak pernah nak bertegur sapa dengan nya.. malah .. berborak dengan nya.. pun aku tak pernah..aku pun tak tau kenapa.. berita tentang ketiadaan nenek belum ku sampaikan pada papa mama dan adik .. aku perlukan kekuatan untuk semua itu.. cukup tabahkah aku..??  bagaimana perasaan papa ..?? papa kat luar negara.. dah la tak dapat balik.. mesti papa akan menyalahkan diri dia sendiri.. sekarang satu masalah akan datang.. masalah tanah.. perebutan tanah dan harta.. pergaduhan antara papa adik beradik.. mesti pak cik tak kan bagi papa bahagian papa.. papa mesti tak kan minta bahagian dia.. saya kenal papa.. saya dah cukup untuk memahami dia.. sekarang aku kena pergi mewakili keluarga Ngumbang.. malah abang kata.. sebagai ketua keluarga aku kena pergi jua..mungkin anda pelik kenapa aku boleh jadi ketua keluarga..dan bukan nya abang yang menjadi ketua keluarga.. antara faktornya adalah.. kepercayaan papa pada aku.. bukan kerrana berat sebelah.. ataupun pilih kasih..kerana aku ketua keluarga .. abang bertindak untuk menjauh dari keluarga kami..lupakan semua tu.. sekarang aku binggung bagaimana aku nak berdepan dengan arwah..bagaimana aku nak berdepan dengan keluarga papa.. bagaimana pandangan pak cik mak cik aku nanti.. mesti mereka akan buruk sangka.. seumur hidup ku.. aku tak pernah dilayan  teruk pun di keluarga bahagian mama.. tapi keluarga bahagian papa.. aku kena buat bermacam macam jenis kerja.. tapi kalau papa ada bersama dengan ku .. aku dilayan macam tuan puteri.. kerana hal sedemikian lah aku tak pernah mengajak adik adik ku pergi melawat  mereka.. sekarang pulak .. aku terpaksa membawa mereka bersama untuk melihat nenek untuk kali terakhir..

Sunday, 10 April 2011

aku, dia dan kamu..

mana salah dan silap ku.. apa patut ku buat agar kau dapat memahami isi hati ini.. sukarkah tuk kau terima kenyataan.. bahawa aku jujur, tulus.. mencintai mu.. bahawa aku tak pernah menghubungi dia lagi.. apalagi yang kau mau aku buktikan.. memang benar apa yang kau kata.. senang tuk aku ungkapkan kata cinta.. ya.. aku akui.. memang senang tuk ungkapkannya..senang.. cukup senang.. sampaikan aku dah banayk kali terluka kerana perkataan itu..belum sampai setahun kita bercinta.. kau sudah mula curu\iga dengan cintaku..

Wednesday, 6 April 2011

today i'm sad

6/04/2011.. 7 pm.. rabu..

seperti yang biasa.. aku lepak kat taman permainan bersama dengan laptop kesayanganku.... malam ni.. hujan renyai-renyai.. langit gelap gelita tanpa bintang dan bulan sebagai penghias.. malam jua sunyi tanpa bunyi cengkerik.. seperti biasa juga.. aku ditemani oleh sorang lelaki.. ntah.. aku pun hairan.. nampak gaya bukan orang kat sini.. nampak dari stail pakaian.. macam orang kuala lumpur.. laki ni.. selalu datang kat taman permainan nie.. tiap-tiap jam 7.. walaupun ditempat yang sama .. tapi kami berdua langsung tak bertegur sapa.. bukan apa.. mama pernah bagitau.. jangan layan orang yang tak dikenali..hehehe.. tengok dari jauh.. nampak macam dia ada masalah.. masalah yang berat ja.. tapi tak tau la.. hah..!! nie.. kenapa pulak aku nak sibuk hal dia nie..ehm.. dah  sebulan lebih kennedy tak hubungi aku.. ehm.. dengan egonya akal waras ku berkata.. what i care.. huhuhu.. dari tadi asyik cari orang tuk berbual.. tapi malang nya.. semua kawan-kawan ku buzy.. ehm.. ada ku kisah.. aik.. ego semacam bunyi nya.. iihhihi.. mengada-gada.. rasa ja cam na tambah koleksi kawan ni.. aku bosan.. laki tu bosan.. kan bagus kalau dapat berborak ka .. bertekak ka.. apa ka.. senang cakap.. apa-apa je lah.. ihihi.. asal bukan benda yang haram.. ehm.. betul tu.. ok la.. kalau aku dapat "pikat" hati dia tu.. aku bagitau.. i mean.. kalau dapat mengajak nya berborak.. ihihi.. buat nak memikat orang tau..huhu..


kacian laki tu.. i mean.. amir.. or muhammad amin bin khairi ismail.. oh.. patut la.. dia sedih semacam.. dia baru ja kehilangan mama dia.. uhhuhu... baik orang nyer.. tua setahun dari aku.. papa di post dia pi sini tuk tenangkan diri.. huhhu.. ada ka patut.. dia kata aku nie sombong.. bap tak pernah pun nak bertegur sapa ngan aku.. huhuhu.. kureng punya lelaki.. tapi tak pa dah biasa dah.. ihhii.. sebelum orang buruk sangka.. better aku minta diri.. lagipun kalau mama tau aku curi-curi keluar teruk padah nya.. hhuhhuhu...

Thursday, 31 March 2011

jujur ku katakan

31/3/2011

kini genap satu bulan aku dengan kennedy tak berhubung.. aku pun tak tau kenapa.. aku kerap kali memikirkan dimana silap dan salah ku.. kerap kali jua aku memaksa akal pikiran ku untuk menerima kenyataan bahawa kennedy sibuk bekerja untuk masa depan kami berdua.. tapi.. aku rindukan dia.. dulu memang aku tidak mengaku.. sebab aku ego.. tapi sekarang.. entah apa yang mendorong aku tuk berani mengaku yang aku sayang kat dia.. dulu nya aku terima dia sebab nak lupakan zul.. tapi sebalik nya pula.. jujur aku akui dari dulu aku dah cintakan kennedy.. tapi aku tak mengaku.. begitu jua dengan dia.. untuk mengelakkan diri daripada jatuh cinta dengan rakan sekelas sendiri.. aku melibatkan diri dengan aktiviti sukan.. sukan olahraga...(acara jarak jauh..).. makin hari perasaan ku kepada kennedy makin pudar.. aku membuatkan diri aku sibuk.. sesibuknya.. akhirnya berjaya..

Monday, 28 March 2011

sebuah kejutan yang tak diduga..

28/03/2011

arini aku dapat gaji pertama aku hasil daripada kelas tuisyen yang aku buat.. walaupun gaji tak seberapa tapi itu dah cukup membuatkan aku tersenyum dengan bangganya.. hehehe.. oh ya..!! lupa pula nak bagitau.. aku dah pun ada kereta sendiri (kereta kancil) walaupun kereta terpakai aku tak kisah.. hehehe.. bap papa dah janji.. kalau aku dah dapat lesen.. baru lah papa belikan kereta yang  aku inginkan..(nissan skyline la tu..!! ihihhi.. harap2 papa tunaikan janji..)balik kepada kereta pula baru hari pertama aku gunakan kereta tu.. dah.. langgar tong sampah.. tak cukup lagi dengan tu.. aku langgar pulak anjing "jalanan".. tak cukup lagi.. aku kemikkan pulak bonet hadapan kereta ku.. hehehe.. tu baru ja sehari.. belum datang sebulan.. hiihhi.. nasib mama outstation time tu.. kalau tak.. mati aku.. bukan apa sebenarnya.. mama ni.. cam na nak bagitau eyk.. .. ok la... stop sampai sini pulak.. bap mata aku dah berat sangat nie..

bersambung..

Saturday, 26 February 2011

february 2011

28/2/2011

permulaan hari yang cukup indah.. hari ni.. kaki Puteri dah beransur ok dah.. ihihhi.. dah dapat jalan tapi masi terenjut-enjut.. ihhi.. hari ni.. aku pi sawah padi pulak.. nak tengok mama dan aunty menuai padi.. daripada aku tengok ja.. better kan kalau aku cuba mana la tau suatu ari nanti mama mentua aku bawa aku pi menuai padi.. mampus kalau tak tau.. malu.. ihhi.. mula-mula aku cuba.. memang senang tapi.. ehm.. adeiii.. hai.. tak tahan panas la.. uhuhhu.. panas giler.. mama apa lagi.." Puteri..!! pi sana tu.. duduk ja kat pondok tu.. tak payah nak tolong kami kat sini..kamu tu bukan nya tolong pun.. buat huru-hara adalah..!! pi sana cepat.. tengok muka tu.. bla..bla.. bla.." tak larat nak aku kena "tembak" ngan mama ni.. better aku pi.. kalau tak .. parah telinga aku nanti.. uhhu.. eh.. ada sungai.. ihhiih... tak tau pun aku.. nie mesti seronok ni.. aku pandang kiri kanan.. aku tengok tak da "kenderaan" aku apa lagi.. buka baju n seluar... terus aku melompat masuk sungai.. ihihi.. tuk pengetahuan kalian.. aku bukannya mandi tanpa sehelai benang tapi aku mandi pakai singlet n seluar pendek ja.. ihhi.. jangan nak pikir bukan-bukan pulak.. tak baik tau..mandi la punya mandi.. tup.. tup.. aku terdengar sesuatu .. ada bunyi suara orang yang berbisik.. aik.. sapa pulak tu.. setau saya.. yang ada semua pempuan mama upah.. tapi nie.. suara laki pulak.. eh.. jangan-jangan.. ceh..!! Puteri nie suka sangat pikir yang bukan-bukan.. better pi siasat.. berenang kearah bunyi tu.. aku selak kan daun.. then aku ternampak dua orang laki.. sedang bercakap .. tapi aku tak dapat teka apa yang mereka sedang katakan.. aku pulak tanpa berpikir panjang terus mehampiri semak samun yang berdekatan mereka.. bukan apa niat sebenar nak tengok muka orang tu dengan lebih dekat bha.. ihhihi.. nak jadi penyiasat pulak aku ari ni..  tapi tak ku sangka kaki ku yang luka tu terpijat ranting.. aku apa lagi.. tak dapat menahan kesakitan yang teramat sangat.. "aaaaarghhhh..!!! mama..!! sakit nya..!!" kedua-dua laki tu pulak terkejut beruk.. terus meluru kearah aku.. ihhihi..mampus la aku.. aku dongakkan kepala.. tup..tup.. aik.. macam kenal ja nie..aku berkata dalam hati.. "eh.. "Puteri buat apa sini..??" "ehm.. Uncle Chong kan.. dan yang satu nie.. David kan.. anak Uncle Chong yang selalu aku buli kan..??" " ya lo.. kamu tak aku lagi ka..?? kenapa..?? makin kacak ka..??" David tu.. jiran aku dulu.. baik orang nya.. selalu aku buli.. bukan apa.. kalau dia lelaki.. aku tak hingin pun nak buli dia.. tapi dia nie.. ehm.. "sotong" la.. sapa yang tak nak buli.. ihihhi.. tapi sekarang.. aku hampir tak dapat kenal dia.. bap.. dia bukan "sotong" lagi.. tapi.. ehm.. wow..!! kacak nyer David.. ihhihi.. macam muka cipan.. ahahahahah..  lain ja ayat aku ni.. cam perli ja nie.. hahah... ok la.. stop pulak kat situ.. balik pada kaki aku tadi.. ya ampun .. luka aku berdarah kembali.. uhuhhu.. ok la... aku stop citer nie kat sini..
bersambung....