Friday, 15 April 2011

arti kehilangan

15/4/2011, 04:23 pm, jumaat,

pada jam 04:23 ptg.. aku dan adik-adik sedang bermain di taman.. aku menerima panggilan dari mak cik aku.. yang membawa berita buruk.. nenek aku sudah tak da.. rasa macam seluruh dunia ku gelap.. hampir setahun aku tak pernah datang menjenguk mahupun melawat dia.. semuanya kerana ego masing-masing..aku tak pernah rapat  dengan keluarga sebelah papa.. terutamanya nenek.. sekiranya nenek datang ke rumah kami.. aku langsung tak pernah nak bertegur sapa dengan nya.. malah .. berborak dengan nya.. pun aku tak pernah..aku pun tak tau kenapa.. berita tentang ketiadaan nenek belum ku sampaikan pada papa mama dan adik .. aku perlukan kekuatan untuk semua itu.. cukup tabahkah aku..??  bagaimana perasaan papa ..?? papa kat luar negara.. dah la tak dapat balik.. mesti papa akan menyalahkan diri dia sendiri.. sekarang satu masalah akan datang.. masalah tanah.. perebutan tanah dan harta.. pergaduhan antara papa adik beradik.. mesti pak cik tak kan bagi papa bahagian papa.. papa mesti tak kan minta bahagian dia.. saya kenal papa.. saya dah cukup untuk memahami dia.. sekarang aku kena pergi mewakili keluarga Ngumbang.. malah abang kata.. sebagai ketua keluarga aku kena pergi jua..mungkin anda pelik kenapa aku boleh jadi ketua keluarga..dan bukan nya abang yang menjadi ketua keluarga.. antara faktornya adalah.. kepercayaan papa pada aku.. bukan kerrana berat sebelah.. ataupun pilih kasih..kerana aku ketua keluarga .. abang bertindak untuk menjauh dari keluarga kami..lupakan semua tu.. sekarang aku binggung bagaimana aku nak berdepan dengan arwah..bagaimana aku nak berdepan dengan keluarga papa.. bagaimana pandangan pak cik mak cik aku nanti.. mesti mereka akan buruk sangka.. seumur hidup ku.. aku tak pernah dilayan  teruk pun di keluarga bahagian mama.. tapi keluarga bahagian papa.. aku kena buat bermacam macam jenis kerja.. tapi kalau papa ada bersama dengan ku .. aku dilayan macam tuan puteri.. kerana hal sedemikian lah aku tak pernah mengajak adik adik ku pergi melawat  mereka.. sekarang pulak .. aku terpaksa membawa mereka bersama untuk melihat nenek untuk kali terakhir..

No comments:

Post a Comment